Tuesday, 3 July 2012

Lisa Surihani Halau Yusry

Lisa Surihani halau Yusry? Sebelum ini ada timbul cerita kononnya Lisa Surihani ‘halau’ Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati.

Apabila Lisa Surihani ditanya tentang isu yang di fahamkan beliau halau Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati, Lisa tergelak dan berkata :-
Saya bukan halau dia datang cuma saya tak bagi dia ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat kena di lakonkan.
Ketika itu saya kena lakonkan babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang atau dia ada di depan mata, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Namun saya tetap bagi dia datang selepas selesai sahaja lakonkan babak tersebut.
Malah sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak yang kami harus memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Walaubagaimana pun Lisa rasa memang tak boleh kerana tiap kali tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.


Sempat ditanya soal anak pula,Lisa Surihani memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang lagi mengenai soal cahaya mata.
Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan'Istanbul Akan Datang' pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.
Buat masa ini, kami berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari ilham Yusry sendiri. Memandangkan citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami itu. Bagi rumah baru kami ini, kami telah bersepakat mengambil konsep English,Europian dan American.
Demikianlah pasangan bahagia dan sweet Lisa Surihani dan Yusry, manakala tetang rumah baru itu boleh klik pada link [ Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry ] ini.

No comments:

Post a Comment