Tanggal 12 Jun 2012 yg lalu, sekitar jam 7.50 am - 9.15 am mcm tu,Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar
biasa, jarang sekali kita melihat kan awan mcm ni n mungkin belum pernah pun dalam hidup kita kan. Awan aneh diberi nama Awan Arcus, awan ne mmg fenomena yg normal..cuma jarang berlaku d Malaysia..Time awan ne muncul,cuaca di kawasan KK,pagi tu mendung la di area ofis sy..time tu kmi tgh sarapan di area Kingfisher..ada hujan sekejap jak pagi jam 8.20 am mcm tu..dan menjelang tengahari, ribut kencang dan hujan
melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.Menurut sumber yg sy dapati, amaran ini juga telah
dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Kamu tgk la antara koleksi koleksi gambar Awan Arcus ni...hehe...
|
cuba tgk gmbr ne, awan tu berbentuk seperti menadah tangan.. |
|
this one nice... |
|
antara awan yang dikatakan seperti puting beliung.. |
|
Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t |
Menurut sumber yang sy dapati,antara punca kejadian Awan Arcus ni adalah dipercayai daripada taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina.
Awan Arcus adalah formasi awan yang rendah dan melintang yang dikaitkan
dengan hujung tepi ribut atau aliran udara sejuk dari laut bila tidak
menjadi ribut. Awan Arcus boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu awan gulungan (roll clouds) dan awan landas (shelf clouds).
No comments:
Post a Comment