Monday, 9 July 2012

Burger Besar

Sambil menunggu nunggu my Mr. MZ balik dari keja...jd, sy stay2 la jap di siiinii Kingfisher Park...Restoran Jom Makan....memang restoran ne fav kami la..sbb, tiap hari sarapan n mkn tghari, mkn di sini...pulang kerja lepas kerja luar..klu siap awal, mmg confirm ke sini la kami...di sini best sikit la, sebab ada wireless..boleh online sambil menunggu...tapi, entri kali ni..bukan maw cerita pasal Restoran Jom Makan...hari lain la sy cerita pasal restoran ne...hihi...nii..saya mahu cerita bah, hari tu kan memang kepingin betul sdh maw mkn burger besar ne...bawa my bie..dia cakap jauh, al-maklum la kami ne kan tinggal di tuaran...Burger besar tu ada di Tg. Aru..so, dijadikan sebagai kebetulan..sy minta ambil dengan dia di Teluk Villa, Putatan..sbb, time tu baru jak habis kazen sy kahwin..kereta semua x muat..so, sy minta ambil la..tp, my bie mmg lambat balik time tu...jd, di pendekkan cerita..sy mmg berniat sdh time menunggu dia tu, terniat di hati maw mkn burger besar tu..kebetulan ngam2 kan jg di area sna..hihi..
So, nampak jak muka my bie..terus di sampai kan niat di hati tu..maw mkn di sana..tp, dia ckp dia kenyang...pujuk punya pujuk...tny kazen maw mkn ka..coz, time tu ada my cuzzy ikut ktaorg jg..tp, semua ckp kenyang...sy pun mls dha maw pujuk...sy pun,ckp jak la len kali...taapiii..mcm biasa my bie selalu bagi juga apa yang sy maw makan..trus, dia masuk jln tg. aru..dia ckp try tengok la..sampai sana  manada try..order truuus..hahaha...erm..ne la yg kmi order..dia banyak choice actually..tp, yg kami pilih ne mcm spacial ckit kenen la...padahal...
1set ne bernilai Rm 12.00..
nda sedap lah ne....kami pilih mix..chicken n beef..ada rasa blackpepper lg..ada telur dadar..mayo n sos chili..bawang n salad..tu jak...sy jak yg sorg mkn...sbb, my bie n my kazen pn xmaw mkn,..kenyang...huhu...sooo, sy makan 1slice jak la...x jg sedap la..mungkin sy makan sorg2 jak kali..sbb tu x sedap..hihi...maw mkn ramai2, baru siok sikit...kn?hihi...

Thursday, 5 July 2012

budak comel....

hai...siapa nama???tinggal di mana???ada no tel ka??hihihi....comel nyar staff mcD yg sorng ne...mcm jarang dha nampak dia,,rasanya baru hari ni dia muncul balik depan aku..hihi...kulit putih melepak..bibir kemerah2an...hihi,,,dia tgk aku jak..dia x taw yg aku tgh post cerita pasal dia..hahahahahaha...bila kenakalan Qaseh Aida bermula...hahaha....suka btul aku tgk boy ne...sedap mata memandag..entah sepa nama dia..klu bole dpt taw nama pun kira orite la ini...hehehhehehehe...

Tuesday, 3 July 2012

Lisa Surihani Halau Yusry

Lisa Surihani halau Yusry? Sebelum ini ada timbul cerita kononnya Lisa Surihani ‘halau’ Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati.

Apabila Lisa Surihani ditanya tentang isu yang di fahamkan beliau halau Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati, Lisa tergelak dan berkata :-
Saya bukan halau dia datang cuma saya tak bagi dia ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat kena di lakonkan.
Ketika itu saya kena lakonkan babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang atau dia ada di depan mata, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Namun saya tetap bagi dia datang selepas selesai sahaja lakonkan babak tersebut.
Malah sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak yang kami harus memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Walaubagaimana pun Lisa rasa memang tak boleh kerana tiap kali tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.


Sempat ditanya soal anak pula,Lisa Surihani memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang lagi mengenai soal cahaya mata.
Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan'Istanbul Akan Datang' pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.
Buat masa ini, kami berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari ilham Yusry sendiri. Memandangkan citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami itu. Bagi rumah baru kami ini, kami telah bersepakat mengambil konsep English,Europian dan American.
Demikianlah pasangan bahagia dan sweet Lisa Surihani dan Yusry, manakala tetang rumah baru itu boleh klik pada link [ Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry ] ini.

Monday, 2 July 2012

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)Kamu, tulang rusukku.


**Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi  merasakan sakit di hatinya…**

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi !!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.*
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

**Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…**
**Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*
***Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?***

*Wallahulam…*

Bila saya sakit hati....


Jangan kac sakit hati sy...bila hati sy sakit, sy diam jak...sy teda mood..bila sy teda mood, nah semua benda sy bt x ngam..ada jak yg x kena...sy sakit hati bha sebenarnya hari ni, sy betul2 teda mood..xtaw la..malas btul sdh sy maw ckp...sy maw tegur pun..mmg benda yg sama jak sy tegur tiap kali..sy bosan..sy x mampu sdh maw tegur...the simple things..its should be stop now..tp, sy bingung..faham ka perasaan sy ini...at least, jaga lha bha hati sy..benda ne bnyk kali sdh jadi...dan bnyk kali sdh sy tegur...tp, benda tu sama jak tetap jg berlaku depan mata sy..xtaw la, the conclusion's sy betul2 sakit hati n kecik hati..TQVM..sbb buat sy sakit hati....Good Bye...

Among the best film about Friendship




3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama belajar di Imperial College of Engineering. Merupakan salah satu Universiti Tertinggi Tehnich terbaik di India. Ketiganya iaitu Farhan Qureshi (R. Madhavan), Rastogi Raju (Sharman Joshi), dan Rancchoddas "Rancho" Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan). Farhan dan Raju adalah mahasiswa dengan latar belakang sederhana sementara Rancho dari keluarga kaya. Farhan sebenarnya ingin sekali bercita-cita sebagai seorang fotografer binatang liar, namun keinginan itu sering gagal kerana memenuhi keinginan ayahnya untuk masuk ke Universiti Tertinggi.. Raju, agak penakut di satu sisi dia meletakkan beban di bahunya untuk mengangkat darjat keluarganya yang miskin. Sementara Rancho adalah si genius yang kaya raya tujuannya belajar adalah untuk mengumpul ilmu, kerana dia memang tidak mempunyai beban sama sekali.




Rancho, memiliki pandangan berbeza mengenai ilmu pengetahuan dan mesin. Pandangannya begitu maju dan bertentangan dengan pandangan kuno tentang mesin, bahwa semuanya tidak hanya berdasarkan "teks book", seperti yang di ajarkan di Universiti Tinggi saat ini. Dan juga ia menentang salah satu profesornya, Profesor Viru atau biasa di panggil "Virus"(Boman Irani), oleh penuntut yang lain. Hal ini di ketahui setelah salah seorang penuntut bernama Joy Lobo, gantung diri di bilik asramanya. Kemudian Rancho menentang Virus dan memberikan sebuah data statistic penuntut yang bunuh diri, di sebabkan oleh salahnya sistem pengajaran, yang hanya menitik beratkan dari nilai ujian bukan atas dasar kreatifiti diri penuntut.

Maka mulailah ketidak sefahaman antara Rancho dan Virus. Virus memberi nama kapada Rancho dan ke dua kawan baiknya itu sebagai "idiot". Ia juga mempengaruhi Farhan dan Raju untuk menjauhi Rancho. Sebaliknya penuntut kesayangan Virus adalah Chatur Ramalingam atau "Peredam", (Omi Vaidya).Chatur sesuai dengan harapan Universiti tersebut


Rancho pun mengerjakan Chatur, pada saat Chatur mendapat kehormatan untuk berpidato di sebuah upacara penghargaan yang di hadiri oleh para tetamu kehormat Universiti tersebut termasuk "Virus".
Rancho, Farhan dan Raju telah menukar kan isi pidato tersebut dengan kata-kata kotor, yang sebelumnya telah di tulis oleh pustakawan. Nah, seperti yang diharapkan oleh mereka, Chatur tanpa berfikir dan curiga seperti ada yang tidak kena,dan terlebih kurangnya pengetahuan dia tentang bahasa,pidato tersebut bertukar  menjadi bahan ketawa penonton dan sehingga kan Virus menjadi berang.


Rancho jatuh cinta kepada penuntut Jurusan Medik, Pia (Kareena Kapoor) putri dari si Virus. Mereka bertemu di jamuaan pernikahan kakaknya Pia, 3 Idiots datang tidak di undang hanya ingin mendapatkan makanan percuma. Pia, agak aneh dengan ke tiga orang itu dan bertanyakan kepada ayahnya Virus, siapa mereka. Setelah mendapati ketiganya adalah tetamu tidak di undang, Virus terus bertindak jahat kepada ke tiga sahabat karib tersebut.



Kekecohan terjadi, saat mereka sedang mabuk teruk. Ketiga2 nya masuk ke rumah Virus seperti pencuri. Rancho masuk ke bilik Pia untuk meluahkan isi hatinya, kerana sebelum itu telah dicabar oleh Farhan dan Raju. Namun Rancho salah yang di genggamnya adalah tangan kakak Pia yang sedang hamil. Kakak Pia sangat gembira mendapati anak dalam kandungannya menendang, kerana kata-kata yang di ucapkan oleh Rancho. Sementara itu, keadaan makin kacau apabila Virus mendapati ada yang tidak kena di rumahnya. Akhirnya mereka lari kerana takut diketahui oleh Virus, sementara Raju sempat membuang air kecil di depan pintu rumah Virus, dan Virus pun telah melihat dan mengetahui siapa yang menyusup ke rumahnya.


Ke esokannya, Virus memanggil Raju ke pejabatnya. Dia telah mengancam akan mengeluarkan Raju dari kampus. Tetapi,Raju memohon agar dia jangan dikeluarkan dari kampus. Permohonannya itu di pertimbangkan oleh Virus dia masih boleh belajar di kampus ini, tetapi Rancho yang mesti dikeluarkan dan diberhentikan pembelajarannya. Raju kini di dalam dilema ,di antara dua pilihan yang cukup sulit. Memilih dirinya sendiri atau menghkianati kawan baiknya itu? Akhirnya, keputusan yang diambil oleh Raju, dia lompat keluar dari tingkap pejabat Virus, yang berada di tingkat 3 itu. Kini Raju harus di rawat secara intensif dari Pia dan ke dua kawan baiknya. Pia menyarankan agar Raju di bangkitkan dengan motivasi dan semangat yang boleh membuatnya pulih semula dari koma.

             
Setelah kejadian itu, Farhan dan Raju mempercayai pandangan Rancho iaitu mengikuti apa yang di suarakan oleh hati. Farhan memutuskan untuk mengejar minat nya kepada fotografi dan menceritakan segalanya kepada ayahnya, apa yang ia impikan. Namun ayahnya menolak, kerana dia berpikiran dengan menjadi fotografer, tidak mampu membeli rumah mewah dan melengkapi segala keperluannya. Namun Farhan bersikap keras dan meyakinkan kepada ayahnya, yang paling penting dalam hidupnya adalah kebahagiaan dirinya. Ayahnya tetap menolak dan mengatakan, jika tidak maka kau akan bunuh diri seperti temanmu itu Raju. Sambil menangis Farhan menjawab, "Tidak, saya tidak akan bunuh diri seperti Raju". Kemudian dia bersumpah di depan ayah dan ibunya lalu membuka dompetnya dan menunjukan foto ayah dan ibunya. Farhan berkata, "Raju dan Rancho selalu menasihati saya, jika saya bunuh diri apa yang terjadi pada senyuman orang tua mu yang ada di foto ini". Ayahnya pun tersedar dan merestui cita-cita anaknya tersebut, sambil memeluknya.


Dan pada masa yang sama juga,Raju menghadiri temuduga untuk sebuah pekerjaan di satu pertubuhan ternama di India. Ia hadir dengan tangan yang berbalut dan berkerusi roda. Raju dalam temuduga tersebut menjawab pertanyaan yang di ajukan dengan jawapan yang non-formal, jujur dan seadanya. Walaupun sebenarnya dia tidak sesuai bekerja di situ, jawaban tersebut sangat tidak di harapkan oleh pertubuhan itu, kerana mereka inginkan orang yang pandai menipu dan menyelesaikan penipuan tersebut dengan cara baik.
Namun kerana sifat semulajadinya itu, dia terus diterima bekerja, kerana dia jujur.


Namun, Virus tidak menyenangi tentang perkara itu, ia akan mangagalkan nya, dengan membuat sendiri soalan ujian yang telah di atur sendiri agar Raju tidak dapat lulus ujian tersebut. Pia mendengar idea gila ayahnya dan menentangnya. Timbullah pertelingkahan antara ke duanya apabila Virus memarahi Pia dengan cara yang sama pada Racho, atas bunuh diri yang di lakukan Lobo.Pia pun marah dan mengatakan sebuah kebenaran kepada Virus, bahawa abangnya tidak mati dalam kecelakan akan tetapi dia bunuh diri di depan kereta api dan meninggalkan surat kepada Virus, yang selama ini di sembunyikan Pia. Isi surat tersebut adalah sebuah kenyataan, Virus telah memaksanya mengejar karier di bidang jurutera. Padahal dia ingin sekali mengejar impiannya di bidang sastera.


Pia keluar dari rumah, mengambil kunci pendua. Pia membocorkan hal ini pada Rancho. Rancho bertindak bersama Farhan, menyusup masuk ke pejabat Virus dan mencuri salinan soalan peperiksaan tersebut. Namun mereka lupa mematikan mesin fotokopi dan Virus telah mengetahuinya. Setelah itu contoh soalan tersebut di serahkan kepada Raju, tapi apa yang terjadi,Raju telah membuang kertas tersebut jauh-jauh dan mengatakan kepada mereka berdua cara begini tidak baik untuk suatu kemenangan.

Dan selanjutnya, seperti yang dapat diteka, memang benar Virus telah bertindak mengekori mereka dan mengusir 3idiots ini. Hal ini berlaku dengan serentaknya, iaitu anak tua Virus, Mona (Mona Singh) yang sarat hamil berasa sakit perut dan sebentar lagi akan melahirkan anaknya. Tetapi malangnya,saat itu hujan turun sangat deras dan menyebabkan banjir, sehingga tidak dapat mengantar Mona ke Hospital kebetulan Pia pada masa itu tidak berada di rumah, melarikan diri kerana bergaduh besar dengan ayahnya.Rancho pun dengan segera menghubungi Pia melalui VOIP, untuk membantu proses persalinan darurat.


Kepanikan terjadi, elektrik tiba-tiba padam. Rancho memutar otaknya dengan menyalakan elektrik dengan menggunakan power bateri dari Mobil Virus. Pia panik menyuruh Rancho menyiapkan sebuah penyedut untuk menarik bayi, dan memberitahu bagaimana caranya melalui VOIP. Saat genting tersebut mereka semua tidak mampu menemukan alat seperti itu. Rancho pun berfikir dan mendapat idea dengan membuat alat itu dari Vaccuum penyedut debu.

Bayipun lahir,tetapi tidak bergerak sama sekali dan tidak menangis pula. Semuanya diam menjadi lenggang. Kemudian Rancho mendukung bayi tersebut dan mengucapkan sebuah kata yang dia ucapkan pada saat dia berjumpa Pia di biliknya. Bayi akhirnya menendang muka Rancho beberapa kali dan mula menangis, berteriak mereka semua bergembira dan terharu.

Dari kejadian ini, Virus menyedari siapa dirinya selama ini "seorang professor", dan mengatakan pada bayi "dia boleh jadi apa saja yang dia mahu!," termasuk jadi pemain bola. Rancho harus bergegas kerana dia sudah di usir dari universiti tersebut, Virus pun menghampirinya dan memberikan sebuah pen iaitu pemberian sebuah pen merupakan simbol seseorang Profesor kepada muridnya yang berprestasi dan cemerlang. Dan Virus mengakuinya bahawa murid itu adalah Rancho.

Setelah, acara Konvokesyen dan kecemerlangan. Rancho tidak dapat dikesan oleh Raju dan Farhan. Selama berpuluh tahun itu pula Chatur masih menyimpan dendam kepada Rancho, setelah kejadian dia di permalukan oleh 3 idiot ini pada pidato di depan umum. Chatur bergabung bersama Farhan dan Raju, memulakan perjalanan untuk mencari jejak Rancho yang terpisah begitu lama dengan mereka. Chatur telah menjadi pengusaha kaya dan berjaya dengan tujuan untuk menunjukkan kejayaan nya tersebut kepada Rancho.Chatur juga ingin menunjukan kadar kejayaan nya yang begitu tinggi kerana dia dapat berurusan niaga dan akan menjadi rakan bisnes dengan saintis yg ternama di India, iaitu Phunsukh Wangdu yang merupakan orang yang sangat Chatur kagumi.

Akhirnya mereka menemukan rumah Rancho, bertepatan dengan hari meninggal ayahnya. Namun terkejut  bukan kepalang Raju dan Farhan menemukan Shyamaldas Chanchad (Rancho) adalah orang lain, bukan Rancho yang salam ini mereka kenal. Kemudian mereka mengancam pemilik rumah tersebut untuk membuang abu sisa pembakaran jasad ayahnya tersebut ke dalam mangkuk tandas yang ternyata adalah wadah kosong, tanpa abu jasad kerana Raju telah salah mengambil wadah tempat abu yang asli. Namun sang pemilik rumah tersebut tidak mengetahui hal itu dan akan memenuhi permintaan untuk menceritakan mengenai Rancho yang asli.


Rancho, sebenarnya bukan keluarganya yg sebenar. Suatu masa dahulu,kerana sangat suka belajar dan mencari ilmu dia di dapati telah berada di dalam kelas untuk menggantikan kan Rancho yang sebenarnya. Keluarga Rancho Jaaved Jaffrey, mengetahui hal ini kemudian Rancho membuat perjanjian untuk belajar, dengan menggunakan nama anaknya, yang kemudian ijazahnya menjadi milik anaknya tersebut, bukan milik Rancho. Rancho tidak peduli dia hanya ingin belajar, itulah sebabnya kenapa pada photo penuntut -penuntut di Imperial College of Engineering bukan foto Rancho melainkan foto orang lain iaitu orang yang sekarang menceritakan tentang Rancho kepada temannya Raju dan Farhan. Rancho pun sekarang memulai hidup baru dengan menjadi guru di Ladakh.


Keadaan semakin membingungkan, buat Raju dan Farhan. Setelah mengatahui cerita tersebut. Mereka meculik Pia yang saat itu hendak menikah dengan orang lain. Pia pun ikut serta dalam pencarian Rancho, yang menghilang tanpa jejak padahal ia sangat mencintai Rancho. Sesampainya di Ladakh, mereka mendapati sekelompok anak Ladakhi sangat antusias dan motivasi terhadap ilmu pengetahuan, sementara Chatur hanya mencela bahawa Rancho hanya menjadi seorang guru, bukan businessman terkenal. Sehingga hal ini membuat Raju dan Farhan marah, kemudian memplester mulut Chatur dan meletakkannya di belakang bonet kereta.


Sementara, Pia berharap Rancho palsu akan kembali mampu menyalakan api cinta mereka yang selama ini terpendam. Setalah bertanya di mana Rancho palsu, akhirnya mereka menemukannya sedang bermain dengan kanak-kanak. Rancho sangat terkejut melihat Pia menuju kearahnya dengan menggunakan Skuter, alih-alih panas ia membuka helmetnya berjalan mendekati Rancho. Seperti yang Rancho bayangkan di dalam lubuk hatinya, bahwa wanita ini adalah jodohnya dan dia nekad akan menciumnya. Sesampainya dia dekat Rancho palsu, bukan ciuman yang dia dapat dari Pia, namun tamparan dan makian dan mengherdik Rancho palsu "kemana saja kau selama ini".

Setelah Pia mengetahui cerita dari Rancho palsu mengenainya, perjanjiannya dengan keluarga tersebut, yang jika sudah selesai semua pembelajarannya maka ia harus menghilangkan jejak, termasuk tidak boleh bertemu lagi dengan sahabat-sahabat yang berhubungan dengan dia di masa kuliah. Pia pun mengerti, kemudian bertanya kepada Rancho palsu mengenai perasaannya?. Adakah wanita lain saat ini yang di cintainya?, Rancho menjawab ada!. Dengan raut muka yang sangat kecewa Pia, bertanya kembali siapakah wanita tersebut?, Rancho palsu hanya tersenyum, dan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah Pia. Pia mendadak sangat gembira sekali. Ia memeluk Rancho palsu dan menciumnya.



Tidak lama, Farhan dan Raju datang, memukuli Rancho palsu. Sampai akhirnya mereka berpelukan kerana rindu. Raju dan Farhan kemudian bertanya tentang kebingungan mereka jadi siapa namamu sebenarnya?, Rancho menjawab!, Phunsukh Wangdu. Farhan dan Raju terkejut dan berkata Wangdu pemilik sekolah itu, yang sekarang tengah di kejar-kejar pengusaha dari Jepun untuk bekerja sama.

Chatur datang akhirnya dan mengetawakan Rancho yang sekarang tidak menjadi apa-apa dan seberjaya dirinya. Bahkan dia menuduh Rancho mencuri Pen milik Virus, kemudian pergi seolah-olah dia adalah pemenangnya. Setelah agak jauh Phunsuk Wangdu menelefon Chatur dan nama Phunsuk Wangdu yang tertera di skrin telefon Chatur. Dia berbicara sangat sopan,Chatur berubah menjadi seorang pengemis merayu dengannya untuk tidak membatal kan perjanjian mereka untuk berkerjasama dalam bisnes. Kemudian Rancho Palsu alias Wangdu, mengatakan kepada Chatur : "Bagaimana saya dapat menandatangani kesepakatan kita, jika Pen saya anda ambil". Chatur terkejut dan berbalik arah memohon maaf atas kekeliruannya. Sementara hanya di balas tawa oleh Wangdu, Pia, Farhan dan Raju..