MANISNYA CINTA…
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
GEMERSIK KALBU…
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
KAU KEKASIHKU…
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?
BAYANGAN RINDU…
KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.SERIBU KALI SAYANG…
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.
Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.
Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.
Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai
SUNGGUH AKU CINTA…
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta…
CINTA YANG KURASA...
Cinta yang terbit di hati Laila Nabila hanya untuk seorang jejaka iaitu Mir Shariman. Namun rasa cinta hanya mampu berlegar dalam anganannya sahaja. Tak mampu diucap bila bersua muka. Walau di alam maya sekalipun malunya tidak terperi. Sudahnya dia hanya memendam rasa.Laila Nabila bagaikan tidak percaya apabila Mir Shariman akhirnya menyatakan rahsia hatinya. Dan tanpa banyak bicara Laila Nabila menyambut huluran kasih Mir Shariman. Bahagia mengulit diri.
Namun bahagia tidak berpanjangan. Setelah Mir Shariman terlibat dalam kemalangan, semuanya berubah. Mir Shariman bagaikan menghilang darinya. Sms dan email yang dihantar tidak berjawab. Setiap panggilan yang dibuat hanya menghasilkan kekecewaan. Akhirnya Laila Nabila lelah sendiri. membiarkan cintanya tergantung tanpa kata putus dari Mir Shariman.
Hatinya lara. Jiwanya kosong lantaran sikap Mir Shariman yang menyepi. Hadirnya Raid bukan penganti Mir Shariman. Laila Nabila tidak mampu memberi, walau sedikit ruang untuk Raid bertapak di hatinya. Namun kerana kesepian yang mendatang, Laila Nabila seakan terhibur dengan kehadiran Raid yang setia menemaninya. Kepada Raid, diberitahu hatinya sudah dimiliki dan menggangap Raid sekadar kawan sahaja.
Akhirnya pengajian Laila Nabila di Australia tamat. Kepulangannya hanya disambut adik kembarnya. Kehairanan melanda diri apabila mendapati kereta dan rumah keluarganya sudah tidak sama seperti dulu. Setelah dijelaskan keadaan sebenar, barulah Laila Nabila mengerti. Perasaan rendah diri terus menguasai diri. Simpati dan kasihan pada ibubapanya melimpah ruah. Untuk mengurangkan beban ayahnya, ibunya turut membantu dengan menjadi pengasuh kepada anak jiran mereka. Laila Nabila nekad mencari pekerjaan untuk membantu meringankan beban ayahnya.
Namun mencari pekerjaan yang sesuai dengannya bukan lah suatu yang mudah. Pertolongan Uncle Sufian iaitu ayah Mir Shariman amat dihargainya walaupun dia bakal berjauhan dengan ibubapanya kerana bertugas di luar Kuala Lumpur.
Pertemuan dengan Mir Shariman membuka rahsia yang tersimpan. Laila Nabila tidak percaya pada kenyataan di hadapannya. Mir Shariman dihadapannya kini berlainan sekali dengan Mir Shariman yang dikenalinya dulu. Mir Shariman berubah sejak di timpa kemalangan. Kecederaan tulang belakangnya mengakibatkan kedua belah kakinya tidak dapat berfungsi seperti biasa. Mir Shariman kini memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Sayunya hati Laila Nabila bila melihat orang kesayangannya berkeadaan begitu. Namun, Mir Shairman tidak mahu simpati Laila Nabila. Dia tidak mahu Laila Nabila memandangnya seperti orang yang tidak mempunyai upaya diri.
Sikap Mir Shariman yang melayannya dengan acuh tak acuh dan kadang kala menjengkelkan hatinya membuat hubungan mereka tidak mesra seperti dulu. Laila Nabila juga tidak menginginkan keadaan mereka menjadi seperti dulu. Dia sedar, walaupun Mir Shariman tidak sempurna seperti dahulu tetapi dia tetap masih mempunyai kedudukan dan kekayaan tetapi dirinya bukan seperti dulu lagi. Dia ibarat burung pipit dan Mir Shariman ibarat burung enggang. Masakan burung pipit boleh seiringan terbang bersama burung enggang namun, hatinya bagai tidak memahami apa yang akal mahukan. Hatinya masih terus merindu dan mengharap belaian kasih Mir Shariman.
Pertukarannya ke Kuala Lumpur bagai menjerat dirinya. Mir Shariman bagai mahu mengurung dirinya dari terbang bebas di luar sana. Setiap pergerakannya diawasi. Laila Nabila terpaksa berkompromi dengan keadaan itu demi mencari rezeki. Sekurang-kurangnya dia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayahnya.
Rombongan merisik dari pihak Mir Shariman mengelirukannya. Sebelum jawapan diberi, Laila Nabila bersemuka dan meminta penjelasan yang sewajarnya. Setelah di jelaskan duduk perkara sebenar, akhirnya Laila Nabila bersedia menerima lamaran Mir Shariman.
Hari bahagia mereka berlangsung dalam suasana yang meriah. Kegusaran ibu Laila Nabila terjawab kini setelah Laila Nabila disahkan hamil setelah beberapa bulan hari bahagia mereka. Keghairahan untuk menyambut orang baru dapat kehidupan mereka dikongsi bersama keluarga.
Namun kemunculan Raid sebagai kekasih Aima, adik Mir Shariman bagai membuka sejarah silam yang tidak pernah Laila Nabila ceritakan pada suaminya. Penemuan sekeping kad pemberian Raid di dalam kotak lama Laila Nabila mencetuskan pertelingkahan antaranya dengan Mir Shariman. Mir Shariman mulai beranggapan yang bukan-bukan tentang hubungannya dengan Raid. Puas Laila Nabila menerangkan keadaan sebenar. Mir Shariman bagai tidak sepenuh hati mempercayai kata-kata Laila Nabila itu.
Pertemuan dengan Raid di hospital makin mencetuskan berang Mir Shariman. Dalam usaha mempertahan diri, Laila Nabila terjatuh dan perutnya semakin senak. Dia dibawa ke hospital. Laila Nabila selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Raudhah. Dan lebih mengembirakan lagi Mir Shariman sudah boleh berjalan. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan yang melimpah ruah kepada mereka. Tamat ...
saya amat meminati novel akak naktunggu novel yg terbaru
ReplyDelete