1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH
Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW.
Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya
17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya
kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon
pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita?
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan
kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar
kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada
apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam
Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa,
apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi
atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan
manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN
SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi
SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?

Ramai diantara kita, hanya menjadikan
solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta
sesuatu. Apabila dah tak berjaya,apabila dah tiada makhluk lain yang
dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon
pertolongan ALLAH. Patutkah begitu?
Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya,
apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2
RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya
menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa
cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
2-Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita
Tunjukkan bahawa anda serius dalam
perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki
atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera.
Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa
dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda
tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.

Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk
meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki
atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau
dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang
yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana
lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia
betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam
nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia.
Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk
meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada
lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain
sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I…
3-Berterus terang sajalah
Pada saya, tiada jalan lain yang paling
bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan,
anda kena berterus terangdengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana
dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan
semua perasaan dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan
perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan
anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status
perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau
dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan
jadi bersedia?
Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin,
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.

Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan
nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda
pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan
berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
Cubalah praktikkan 3 tips yang saya
terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa,
tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk
meminang. Sebab
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
No comments:
Post a Comment