Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis
kategori kawan yang anda miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam
kategori yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang
menawan . Bila anda memerlukan pertolongan mereka, tak kira kawan anda
tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di
sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan yang anda
perlukan..setiap satunya dan mengapa.
1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara
remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak
akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga
anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda
meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus
menyimpan rahsia.
2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang
jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda
dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan
jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang
atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda.
Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda
kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.
3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang
mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon
Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini
kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk
meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan
sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal.
Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna.
Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada
almari beliau. Hebat bukan?
4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut
dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda
patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong
dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori
yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja
mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di
taman.
5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup,
maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini
bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak
akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri
sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva
dan tahu semua perkara.
6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki
dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk
menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki
yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali
memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka
sangat boleh diharap.
7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini
bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah
yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu
setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka
sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah
seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.
Sekarang lihat pada diri anda sendiri,
jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda
ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai
ramai!.
No comments:
Post a Comment