sweet..memang comel..hihi...
Thursday, 28 June 2012
Wednesday, 27 June 2012
Si Budak Kecil & Sepohon Epal
Tersebutlah
kisah sepohon epal yang besar lagi rendang di halaman rumah. Di situlah seorang
kanak-kanak lelaki sering menghabiskan masanya bermain-main di bawah pohon epal
itu setiap hari.
Kanak-kanak
lelaki itu selalu memanjat pokok epal berkenaan bergayut pada dahan-dahan serta
memakan buah-buah epal yang masak meranum serta tertidur di pangkalnya.
Budak
lelaki itu teramat sayang kepada pohon epal yang sangat rendang, tempat dia
bermain dan berteduh setiap hari.
Masa
berlalu.. Si budak kecil itu kini meningkat dewasa. Dia kini sudah kacak dan
bergaya, tidak mahu lagi bermain-main di pohon epal yang rendang itu.
Suatu
hari, pemuda itu menjenguk seketika pohon epal itu. Wajah pohon epal itu nampak
sedih.
"Marilah
bermain-main di bawah pokok ini!" ajak si pohon epal.
Pemuda
itu enggan, lantas memberitahu dia bukan lagi anak kecil, suka bermain-main di
bawah pokok epal seperti dulu.
Sekarang
dia sudah remaja dan teringin membeli alat permainan yang lebih canggih
malangnya tidak berduit.
"Aku
pun tidak berduit, tapi engkaub oleh ambil semua buahku untuk membeli barang
mainan kegemaranmu." Beritahu pohon epal.
Pemuda
itu amat gembira lantas memetik semua buah epal yang masak untuk dijual di
pasar. namun setelah menjual buah epal, anak muda itu tidak lagi menjenguk si
pohon epal itu. Lalu si pohon epal bersedih.
Suatu
hari pemuda itu datang lagi. Pohon epal amat gembira lalu berteriak,
"Marilah bermain-main denganku!"
"Ah,
aku tak ada masa! Aku sibuk, banyak kerja!" kata si pemuda itu.
Pemuda
itu memberitahu dia sekarang sedang berusaha untuk membahagiakan keluarganya.
Si pemuda amat memerlukan sebuah kediaman yang selesa sebagai tempat tinggal
anak-anak dan isterinya tetapi tidak cukup duit untuk membeli rumah idamannya.
"Maaf
aku pun tak ada duit, tapi kamu boleh tebang dahan-dahan dan segala rantingku
ini untuk dijadikan rumah yang selesa." Lalu si pemuda itu menebang segala
dahan dan ranting lantas berlalu pergi.
Si pohon
epal gembira melihat pemuda itu bahagia bersama keluarganya tetapi tidak pernah
menjenguknya lagi. Pohon epal berasa sedih dan kesepian.
Pada
suatu musim tengkujuh, pemuda itu datang lagi menggigil kesejukan terkena
hujan. Si pemuda lantas berlari-lari. Pohon epal sangat gembira menyambut
kedatangan si anak lelaki yang bertahun tidak berjumpa.
"Marilah
bermain-main dekatku!" kata si pohon epal.
"Aku
sedih!" kata pemuda itu.
"Aku
sudah dewasa, teringin berhibur dan belayar!" beritahu si pemuda.
"Maaf
aku tak ada kapal, tetapi engkau boleh potong batang tubuhku dan gunakan untuk
membuat kapal seperti engkau idamkan. Pergilah belayar, bersenang lenang di
daratan dan lautan!" kata si pohon epal.
Si pemuda
itu pun pergi belayar dan selepas itu tidak nampak lagi bayang-bayangnya
menjenguk si pohon epal.
Akhirnya...
setelah bertahun-tahun meninggalkan si pohon epal kesunyian, si pemuda dulunya
gagah kini semakin tua, datang lagi.
"Maaf
anakku!" kata si pohon epal.
"Kini
aku dah tak ada memiliki buah untuk engkau petik, makan dan jual!" keluh
si pohon epal kecewa.
"Tak
apalah, aku pun dah tak ada gigi lagi nak gigit epalmu!" kata si anak
lelaki itu.
"Sekarang
aku juga tak ada dahan dan ranting untuk engkau panjat seperti dulu.."
kata si pohon epal semakin sebak.
"Tak
mengapalah.. sekarang aku pun dah tak larat lagi nak panjat." kata si anak
lelaki.
"Aku
tak ada apa-apa lagi nak berikan kepadamu. Yang tinggal hanyalah akar-akar yang
berselirat dan tidak berguna lagi!" kata si epal sambil menangis
teresak-esak.
"Aku
juga tidak perlukan apa-apa lagi sekarang. Aku hanya perlu tempat brehat
setelah penat belayar dan sekian lama meninggalkanmu." kata si anak lelaki
sebak.
"Oh,
anakku! Tahukah engkau, akar-akar yang berselirat inilah tempat paling seronok
untuk engkau berehat dan berbaring. Marilah baring di atas pelukan akarku yang
telah tua ini." rayu si pohon epal.
Lantas si
anak lelaki berbaring di atas akar pohon epal yang berselirat itu. Pohon epal
sangat gembira lantas menangis kegembiraan setelah melepaskan rindu dapat
bertemu dengan si anak lelaki setelah terpisah sekian lama..
***
Pohon itu lambang orang tua kita. Semasa kecilkita seronok bermain-main dan bergurau senda dengan ayah dan ibu kita. Tapi setelah dewasa kita pergi meninggalkan mereka untuk mencari ilmu dan pengalaman hidup.
Pohon itu lambang orang tua kita. Semasa kecilkita seronok bermain-main dan bergurau senda dengan ayah dan ibu kita. Tapi setelah dewasa kita pergi meninggalkan mereka untuk mencari ilmu dan pengalaman hidup.
Sebagai
anak lelaki, kita hanya datang menjenguk ayah dan ibu sekali sekala apabila
perlukan pertolongan atau meminta bantuan.
Namun,
ayah dan ibu tetap membantu kita selagi terdaya hatta sanggup mengorbankan
nyawanya sendiri asalkan anak-anaknya dapat hidup bahagia.
Pembaca
sekalian, mungkin anda terfikir anak lelaki itu bertindak kejam terhadap si
pohon epal, tetapi realitinya itulah hakikat cara kita memperlakukan terhadap
orang tua kita.
Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta
Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
Tuesday, 26 June 2012
Cara Memujuk Supaya Lelaki Masuk Meminang
1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH
Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW.
Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya
17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya
kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon
pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita?
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan
kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar
kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada
apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam
Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa,
apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi
atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan
manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN
SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi
SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan
solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta
sesuatu. Apabila dah tak berjaya,apabila dah tiada makhluk lain yang
dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon
pertolongan ALLAH. Patutkah begitu?
Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya,
apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2
RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya
menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa
cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
2-Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita
Tunjukkan bahawa anda serius dalam
perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki
atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera.
Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa
dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda
tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk
meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki
atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau
dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang
yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana
lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia
betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam
nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia.
Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk
meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada
lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain
sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I…
3-Berterus terang sajalah
Pada saya, tiada jalan lain yang paling
bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan,
anda kena berterus terangdengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana
dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan
semua perasaan dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan
perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan
anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status
perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau
dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan
jadi bersedia?
Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin,
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan
nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda
pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan
berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
Cubalah praktikkan 3 tips yang saya
terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa,
tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk
meminang. Sebab
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
7 JENIS KAWAN YANG PERLU ANDA MILIKI..
Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis
kategori kawan yang anda miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam
kategori yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang
menawan . Bila anda memerlukan pertolongan mereka, tak kira kawan anda
tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di
sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan yang anda
perlukan..setiap satunya dan mengapa.
1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara
remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak
akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga
anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda
meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus
menyimpan rahsia.
2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang
jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda
dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan
jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang
atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda.
Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda
kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.
3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang
mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon
Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini
kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk
meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan
sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal.
Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna.
Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada
almari beliau. Hebat bukan?
4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut
dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda
patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong
dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori
yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja
mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di
taman.
5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup,
maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini
bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak
akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri
sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva
dan tahu semua perkara.
6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki
dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk
menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki
yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali
memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka
sangat boleh diharap.
7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini
bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah
yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu
setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka
sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah
seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.
Sekarang lihat pada diri anda sendiri,
jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda
ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai
ramai!.
Dinner di Kg Nelayan..
Dinner di Kg. Nelayan hari tu...mkn disini betul2 mst maw kac kosong perut sebelum pergi sini...sebab mkn di cni mst sampai termuntah2 la bha org ckp..n then kira berbaloi la,sorang dikenakan caj RM30.. untuk budak kecik pula RM15/org...
Suasana tempat tu plak mmg happening gila la..atas kapal papan yg besar...n then konsep restoran ne plak..Steamboat Buffet. Jd, suka hati la maw mkn apa2 pun..tp, kena masak sendiri la..hihi...
Dekat cni, menu dia semestinya Seafood, ada Ayam n Daging jg..klu sy, fav sy semestinya la Ketam n Udang...hihi...hari tu, berabis tul ambil ketam n udang...sedaap la..bole bakar, atau pun rebus..
Menu lain pun ada jg...mcm Nasi Goreng, Mee Goreng..pun sama jg boleh ambil mcmna pun yg kami suka..NO LIMIT utk kami makan...beesstt..mmg tmpt yg sesuai tuk org yg suka makan n suka makanan seafood..
Suasana tempat tu plak mmg happening gila la..atas kapal papan yg besar...n then konsep restoran ne plak..Steamboat Buffet. Jd, suka hati la maw mkn apa2 pun..tp, kena masak sendiri la..hihi...
Dekat cni, menu dia semestinya Seafood, ada Ayam n Daging jg..klu sy, fav sy semestinya la Ketam n Udang...hihi...hari tu, berabis tul ambil ketam n udang...sedaap la..bole bakar, atau pun rebus..
Menu lain pun ada jg...mcm Nasi Goreng, Mee Goreng..pun sama jg boleh ambil mcmna pun yg kami suka..NO LIMIT utk kami makan...beesstt..mmg tmpt yg sesuai tuk org yg suka makan n suka makanan seafood..
Koleksi Novel Anis Ayuni (Alaf 21)
MANISNYA CINTA…
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
GEMERSIK KALBU…
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
KAU KEKASIHKU…
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?
BAYANGAN RINDU…
KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.SERIBU KALI SAYANG…
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.
Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.
Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.
Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai
SUNGGUH AKU CINTA…
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta…
CINTA YANG KURASA...
Cinta yang terbit di hati Laila Nabila hanya untuk seorang jejaka iaitu Mir Shariman. Namun rasa cinta hanya mampu berlegar dalam anganannya sahaja. Tak mampu diucap bila bersua muka. Walau di alam maya sekalipun malunya tidak terperi. Sudahnya dia hanya memendam rasa.Laila Nabila bagaikan tidak percaya apabila Mir Shariman akhirnya menyatakan rahsia hatinya. Dan tanpa banyak bicara Laila Nabila menyambut huluran kasih Mir Shariman. Bahagia mengulit diri.
Namun bahagia tidak berpanjangan. Setelah Mir Shariman terlibat dalam kemalangan, semuanya berubah. Mir Shariman bagaikan menghilang darinya. Sms dan email yang dihantar tidak berjawab. Setiap panggilan yang dibuat hanya menghasilkan kekecewaan. Akhirnya Laila Nabila lelah sendiri. membiarkan cintanya tergantung tanpa kata putus dari Mir Shariman.
Hatinya lara. Jiwanya kosong lantaran sikap Mir Shariman yang menyepi. Hadirnya Raid bukan penganti Mir Shariman. Laila Nabila tidak mampu memberi, walau sedikit ruang untuk Raid bertapak di hatinya. Namun kerana kesepian yang mendatang, Laila Nabila seakan terhibur dengan kehadiran Raid yang setia menemaninya. Kepada Raid, diberitahu hatinya sudah dimiliki dan menggangap Raid sekadar kawan sahaja.
Akhirnya pengajian Laila Nabila di Australia tamat. Kepulangannya hanya disambut adik kembarnya. Kehairanan melanda diri apabila mendapati kereta dan rumah keluarganya sudah tidak sama seperti dulu. Setelah dijelaskan keadaan sebenar, barulah Laila Nabila mengerti. Perasaan rendah diri terus menguasai diri. Simpati dan kasihan pada ibubapanya melimpah ruah. Untuk mengurangkan beban ayahnya, ibunya turut membantu dengan menjadi pengasuh kepada anak jiran mereka. Laila Nabila nekad mencari pekerjaan untuk membantu meringankan beban ayahnya.
Namun mencari pekerjaan yang sesuai dengannya bukan lah suatu yang mudah. Pertolongan Uncle Sufian iaitu ayah Mir Shariman amat dihargainya walaupun dia bakal berjauhan dengan ibubapanya kerana bertugas di luar Kuala Lumpur.
Pertemuan dengan Mir Shariman membuka rahsia yang tersimpan. Laila Nabila tidak percaya pada kenyataan di hadapannya. Mir Shariman dihadapannya kini berlainan sekali dengan Mir Shariman yang dikenalinya dulu. Mir Shariman berubah sejak di timpa kemalangan. Kecederaan tulang belakangnya mengakibatkan kedua belah kakinya tidak dapat berfungsi seperti biasa. Mir Shariman kini memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Sayunya hati Laila Nabila bila melihat orang kesayangannya berkeadaan begitu. Namun, Mir Shairman tidak mahu simpati Laila Nabila. Dia tidak mahu Laila Nabila memandangnya seperti orang yang tidak mempunyai upaya diri.
Sikap Mir Shariman yang melayannya dengan acuh tak acuh dan kadang kala menjengkelkan hatinya membuat hubungan mereka tidak mesra seperti dulu. Laila Nabila juga tidak menginginkan keadaan mereka menjadi seperti dulu. Dia sedar, walaupun Mir Shariman tidak sempurna seperti dahulu tetapi dia tetap masih mempunyai kedudukan dan kekayaan tetapi dirinya bukan seperti dulu lagi. Dia ibarat burung pipit dan Mir Shariman ibarat burung enggang. Masakan burung pipit boleh seiringan terbang bersama burung enggang namun, hatinya bagai tidak memahami apa yang akal mahukan. Hatinya masih terus merindu dan mengharap belaian kasih Mir Shariman.
Pertukarannya ke Kuala Lumpur bagai menjerat dirinya. Mir Shariman bagai mahu mengurung dirinya dari terbang bebas di luar sana. Setiap pergerakannya diawasi. Laila Nabila terpaksa berkompromi dengan keadaan itu demi mencari rezeki. Sekurang-kurangnya dia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayahnya.
Rombongan merisik dari pihak Mir Shariman mengelirukannya. Sebelum jawapan diberi, Laila Nabila bersemuka dan meminta penjelasan yang sewajarnya. Setelah di jelaskan duduk perkara sebenar, akhirnya Laila Nabila bersedia menerima lamaran Mir Shariman.
Hari bahagia mereka berlangsung dalam suasana yang meriah. Kegusaran ibu Laila Nabila terjawab kini setelah Laila Nabila disahkan hamil setelah beberapa bulan hari bahagia mereka. Keghairahan untuk menyambut orang baru dapat kehidupan mereka dikongsi bersama keluarga.
Namun kemunculan Raid sebagai kekasih Aima, adik Mir Shariman bagai membuka sejarah silam yang tidak pernah Laila Nabila ceritakan pada suaminya. Penemuan sekeping kad pemberian Raid di dalam kotak lama Laila Nabila mencetuskan pertelingkahan antaranya dengan Mir Shariman. Mir Shariman mulai beranggapan yang bukan-bukan tentang hubungannya dengan Raid. Puas Laila Nabila menerangkan keadaan sebenar. Mir Shariman bagai tidak sepenuh hati mempercayai kata-kata Laila Nabila itu.
Pertemuan dengan Raid di hospital makin mencetuskan berang Mir Shariman. Dalam usaha mempertahan diri, Laila Nabila terjatuh dan perutnya semakin senak. Dia dibawa ke hospital. Laila Nabila selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Raudhah. Dan lebih mengembirakan lagi Mir Shariman sudah boleh berjalan. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan yang melimpah ruah kepada mereka. Tamat ...
Jalan Jalan Di Labuan..
Tanggal 12th May 2012 kami ke Labuan…hihi…pada zaman dulu2..masa sy Darjah Dua, Pernah lah sekali sy pegi Labuan..sbb, sy dpt No.3 dlm Peperiksaan Semester. Tp tu pun, sy masih kecik lg, jln dgn parents..tapi, kali ne..sy jln dgn my MZ..mula2 plan mmg jln dgn drng Lut n Amy…tp, oleh kerana masalah mereka yg x dpt di elakkan..jd, kmi pun cari genk len lah..My MZ try call member dia, n jd la plan kami tu.
Esok nya sy bangun awal pagi..semangat btul la konon jalan ne, then my MZ sms..dia ckp jln jam7 pagi mcm tu. Dlm hati blur jap..napa plak kna jln jam7, lewat nnt sampai Labuan!! Rupanya drng plan sdh..kami naik speedboat pula, coz klu naik feri yg besar tu 3jam atas laut,dlm feri owh. Jd, kami xmaw la lama btul dlm perjalanan p Labuan ne..sdh la dari Tuaran p Menumbok pun ambil masa 3jam jg…aduuyaaii…sampai di Menumbok kami beli tiket speed boat Menumbok ke Labuan,harga tiket tu plak sekepala Rm15..
Time dalam Speedboat..hihi... |
Sy excited sebenarnya ne naik speed boat …x pernah kan dlm hidup ku ini naik benda tu…jd, mcm2 la dlm fikiran speedboat tu mcmna…haha.. masuk dalam tu..rupanya kecik jak plak bnda ne..boleh muat dalam 12org mcm tu la n boleh tgk lg pemandangan n keluasan laut time tu..perjalanan nya dlm 15minit untuk sampai dari Menumbok ke Labuan.
Sampai Labuan dha..Di Jeti Labuan |
So, dlm kami duduk diam2 dlm speedboat..akhirnya kami sampai jg d Jeti Pelabuhan, Labuan..hihi…wah, ini rupanya Labuan…Panasnya aadduuuii. Sooo, perkara pertama yg kami kena cari iaitu kereta sewa..sbb kereta kami stay d Menumbok..nasib, member ada kenal dgn org yang ble tlng kami sewakan keta..dapat la kmi sebiji keta viva dan dikena kan caj sebanyak Rm40 mcm tu la..x ingat dha..tp tu tuk 24jam..kami guna xsampai pn 24jam kot, sbb petang nya tu kmi kena gerak balik kk..
Jadi, destinasi pertama kami…maaakaan dulu…kmi makan d dalam salah satunya shoping mall yg ada d labuan…Shoppping Mall UK, kedai makan dia x menarik btul la..kmi main bedal jak..sbb, lapar btul sdh time tu…menu dia la yg agak menarik…tp, syg x sempat ambil gmbr menu time tu..hihi…siap makan, kami jln2 pusing2 jap dlm mall tu. kami keluar dari tmpt tu, kmi terus ke War Memorial Park, Labuan…d cni la terletaknya Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 dan tempat pengebumian pahlawan pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo suatu ketika dulu.
War Memorial Park |
War Memorial Park |
Then, next destination..Museum Marine, Labuan…sebelum dtng sini..sy sempat survey tmpt ni d Google..dlm Google mmg nmpk menarik..sekali smpi cni..hahaha..mcm besa jak pun…ingt kan ikan ada jln2 atas kepala..itu bayangan sy sebelum smpi d Museum Marine ne la..rupanya, ikan2 tu di simpan di dalam akurium biasa jak pun…tp, ada satu binatang yg sy x pernah tgk lg sblm ne..taw ka tu Belut….rupanya belut ne ada spesis yg lg besar plak kan..1st time nmpk time tu, belut yg teersgt la besar…smpi rasanya x muat sdh dlm balang kaca dia..kecian tgk..huhu…
Marine Museum, Labuan |
1st time nampak Belut mcm ni |
Museum Marine |
Destinasi kira terakhir kami, membeli coklat n Perfume..di Labuan ne yg istimewanya,semua benda pn xda government tax..cuba makan d KFC..Goverment tax FREE owh..x mcm d kk..hihi.. so, sy apa lagi klu coklat2 ne..pajak la semua…hahaha… rasanya, ini la jg sbb utama sy p Labuan..sbb maw beli coklat..Muuraaahh..bayangkan, Coklat Cadbury yg besar d kk RM 15.00/17.00 mcm tu…d Labuan RM7.00 jak…murah kan…di kk kena caj 2kali ganda ooowwhh…lebih menguntungkan…n laaggii menguntungkan, kedai yg tempat kami beli tu…setiap pembelian kami d bagi 2kotak roti Jacobs n 2bungkus keropok..Cuma my MZ jak yg dpt satu teddy bear kecik..gift from Tolerone..sbb, dia yg paling pajak Coklat Toblrone tu..hihi..puas ambil coklat, sampai jg lah Rm 100..tuk dua plastik besar coklat..hihihi…PUAS HATI..!!
Bangunan Coklat.. |
Pastu, kami jln2..pusing2 Labuan..ingt maw stay dkt Manja Rasa..rupanya, time siang dia tutup pula kan..so, kami bt keputusan kami stay rehat, mnghilangkan rasa haus dkt kedai mamak jak la…Sy order roti tisu n setin Sarsi..Ok la..bole tahan la..sedap jg..hihi.. so, kami rasa mcm maw balik sdh..sbb, xda sdh tmpt yg kami maw pegi..tiba masanya kunci n keta dikembalikan..its time to go back..beli tiket speedboat Labuan – Menumbok,sama jg dgn harga td..masuk di dalam..barang semua kena scan..siap ada polis lg..aaiiikk, mcm d airport plak…hihi..akhirnya, semua selamat dlm pemeriksaan polis..kmi pun balik…BYE BYE LABUAN..NEXT TIME KAMI DATANG LAGI..BYE BYE..hihi
Monday, 25 June 2012
Makan Ambuyat Tidak Kesampaian..huhu
Hari ahad yang lalu, plan maw sangat makan ambuyat..lepas tu, try call Mr. MZ..pujuk dia bawa makan di D'Dalit Transit, Tuaran..tapi dia cakap hari Isnin la, lepas pulang dari keja..so, Isnin ne sanggup la saya tidak lunch..mahu kosong kan perut la konon,,nnt isi trus perut ne full dgn ambuyat...dekat jam 4lebih mcm tu, Mr. MZ sms dia ckp mkn di D'Dalit Transit kena order dulu...means kena call dua hari sebelum pergi sana..jd, dorang boleh prepare semua..sbb, ambuyat di D'Dalit Transit tu bukan nya makanan utama Restaurant tu pun...sooo, sy apa lagi,,,dgn rasa kecewanya..huhu...paksa kena tahan hati la, sebab x dpt mkn ambuyat tu..huhu...dha la, sanggup berlapar..xda mkn lunch..huhu...sy mmg teringin sgt mkn tu..laamaa dha x makan...kena lagi dgn ikan hampap...peerrgghh...leleh liur..hihi...x pe ar..nanti try suruh mem sy buat kan untuk sy...sebab harapkan sy yang buat, ceritanya..x dpt jg makan ambuyat tu,,,hihihi....bukan sy ckp sy x pandai masak, cuma...baik hati2 dulu, sebelum buat kan...nnt langsung x jadi..haha..Jd, sebagai pengubat sakit hati n kecewa x dapat mkn, Mr. MZ bawa sy mkn di Berungis Cafe petang tu...sebelum tu call member..amy n lut..bwa stay d Berungis Cafe..setelah di persetujui oleh kami semua..jd, kami streght forward tooo Berungis Cafe..hihi...sampai sana..kmi give order..hihi...sy order Lychee Ice n Kuew teow goreng daging..My Mz plak Jus Oren..Amy n lut Nasi Goreng n Bandung Ice n Chinese Tea ping...ihihi...sambil order smpi..kmi cerita2 la gosip2 la kenen...smpi order, terus mkn..smpi lupa maw ambil gambar menu kami..hihi...next time la sy mkn sna sy update pict dia skali k..boleh tahan la mkn sna...Kuew Teow goreng dia sedap..sayur dia pun masak mcm fresh..semua my MZ bayar mlm tu..RM 17.60..terkejut la konon kawan..napa murah kan...blum crita lg chicken chop dia..boleh tahan la sedap...hari tu dha try mkn skali..hihi...tp, harga Chicken Chop ne sepinggan Rm 14.00..lagi bagus makan d Upperstar.kan?kan?kan? hihi...tp, entah lah bila plak dapat makan d sna..hihi....lepas makan terus kami balik...hihi..
A Few Words About Me.....
Qaseh Aida cuma nama x betul sy di blog ne jer..nama yg sebenar benar nya..MS. Noraidah...tp, kwn ofis panggil sy Lisa Surihani..pastu dorang mesti muntah..hahaha...sy ni bkn nya apa, bkn perasaan..cuma mmg btul sy ada iras2 lisa surihani...tp, bkn dari muka..mmg la muka jauh beza sgt..tp, sy cuma xpandai sebut 'R'..mcm lisa surihani..hihi..tu jer persamaanya...ok,back to me..sy ne anak bongsu..kira mmg sy ne teerlanjur dha manja sgt..lebih2 lg sy ne tersgt lh manja with my Zaidih..Zaidih sepa???nnt sy cerita..jap..cerita pasal sy dulu k..hihi...Isnin hingga Jumaat, melainkan public holiday..sy mesti bangun pagi n p keja d Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, KOmp.Pent.Kerajaan Persekutuan..dha 3tahun sy keja d cni...banyak pengalaman n bnyk kwn dha sy kumpul..sgt best..sy x pernah malas pegi keja..sbb, d ofis sy enjoy..hihi..( kenen la x malas)..sy tinggal d Tuaran..Rumah mama n bapa sy..cuma, drng jer yg x tinggal d sma2 dgn sy..sbb, mama bapa sy ikut tgl dgn kakak,yg si umuk2.hihi..(che,u not angry kan..haha)..sy ada sorg abg jg..cuma kami bertiga jer adik beradik..x ramai...hihi..sy suka jln2..sy suka mkn2..tu la pasal, badan sy akan pelan2 naik.dulu 42kg..pastu 50kg..paaasttuuuu 55kg..hurm..sy rendah2 jer, lebih rendah dari Mr.Zaidih..dua kali dha sebut nama dia ne..erm, sy gtaw lah dia sepa k...Mr. Zaidih ne slh sorg yg sgt2 important in my life..dia la friend sy, dia la jg bff sy, dan dia la jg bf sy...dan dia la jg bakal tunang sy..dan jg bakal suami sy..insya allah...mudah2an panjang jodoh kami...hihi..xyah la cerita pasal dia kn...biar la sy sja yg taw, baik n buruk dia..hahaha...u still the best for me my syg...tu jer about me..cukup la kan..nnt klu ada lg yg terbaru About me..nnt sy update balik...
Subscribe to:
Posts (Atom)